KEMUDAHAN PEMBAYARAN SECARA ATAS TALIAN MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT
Urusan Pembayaran Lebih Mudah, Pantas dan Selamat
Majlis Perbandaran Segamat (MPS) sentiasa komited dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat melalui penyediaan kemudahan pembayaran secara atas talian.
Sehubungan itu, orang awam kini boleh membuat pembayaran bagi urusan yang berkaitan dengan MPS melalui pelbagai saluran pembayaran digital yang disediakan tanpa perlu hadir secara fizikal ke kaunter pembayaran.
Antara saluran pembayaran secara atas talian yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
Kemudahan ini bertujuan untuk memudahkan orang awam melaksanakan urusan pembayaran dengan lebih cepat, mudah dan fleksibel, di samping menjimatkan masa serta mengurangkan keperluan untuk berurusan di kaunter.
MPS menggalakkan orang awam untuk memanfaatkan kemudahan pembayaran secara atas talian sebagai langkah menyokong usaha pendigitalan perkhidmatan kerajaan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Bayar Secara Dalam Talian, Mudah dan Menjimatkan Masa!
MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT
Perkhidmatan Berkualiti, Kesejahteraan Bersama


